Wednesday, December 21, 2005

Image hosted by Photobucket.com Alahai Pahang...

Apa sudah jadi dengan Pahang. Sudah 3 kali kekalahan di lalui Pahang musim ini. Semalam Pahang tewas lagi. Kali ini di tempat sendiri. Kalah dengan pasukan Perak yang musim lepas di benam 4-1 di gelanggang yang sama.

Menurut rakan2 di Pahang, pasukan Perak memang berhak menang. Pahang bermain laksana anak hingusan. Sudah ramai pula desakan2 peminat supaya Zainal undur diri. Kata mereka strategi zainal masih seperti dahulu. Mengharapkan taktik ketika Pahang menjulang Liga Super dua musim lepas.

Entahlah apa hendak jadi. Kalau melihat senarai pemain, Pahang bukan pasukan hingusan. Rata-ratanya adalah pemain ternama. Di manakah silapnya. Adakah jurulatih atau pemain sendiri. Bukan hanya kemenangan yang peminat2 Pahang mahukan tetapi juga corak permainan dan kualiti permainan. Menurut mereka bahagian midfield Pahang hancur. Walaupun mempunyai barisan serangan di geruni tetapi tiada sumbangan dari midfield untuk menjana gol yang di idam-idamkan.

Bangkitlah Pahang, kelak kau akan beraksi di Liga Premier jika tiada jalan penyelesaian di ambil..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home