Thursday, April 20, 2006

Image hosted by Photobucket.com Latest Results: FA Cup

Sori lama x update..
Tahniah kepada Singapura U23, NS Naza, Perlis dan Pahang yang layak ke semi final..

Sarawak 4 - Singapore U23 1
Singapore U23 won on 8-6 Agg

Penang NTFA 2 - Pahang 2
Pahang won on 8-2 Agg

Perak 1 - Perlis 0
Perlis won on 2-1 Agg

NS Naza 2 - Trengganu 1
NS Naza won on 2-1 Agg..

Undian seprauh akhir akan di adakan pada hari ini...

Thursday, February 16, 2006

Image hosted by Photobucket.com Umum : Mutu pengadilan..

Hmm dah lama tak update bola kita nie...

Hari ni sekadar nak mengulas tentang satu isu nie.. Tahun ni makin menjadi2 aku tengok.. Dah beberapa game Liga M aku tengok.. baik di stadium ataupun melalui LIVE di TV.. Apa yang aku dapat perhatikan mutu pengadilan sekarang ni makin teruk.. Pengadil boleh di katakan ntah apa2.. sama jugak dengan beberapa penjaga garisan.. Daripada maklumat rakan2 yang pergi ke stadium juga banyak yg komen benda yang sama.. Sebelum ni kita juga dengar beberapa pendail telah pun di kenakan tindakan..

Apa2 pun di harapkan FAM dapat melakukan sesuatu bagi menanganni perkara ni dari terus merebak.. Perketatkan syarat2 kelayakan pengadil dan berikan pengadil2 nie pendedahan secukupnya sebelum di beri tanggungjawab mengadili perlawanan peringkat nasional...

Chow..

Thursday, February 09, 2006

Image hosted by Photobucket.com Liga Super: Semakin sengit

Persaingan liga super makin sengit.. Kecuali MPPJ, 5 pasukan ditangga kedua hingga keenam hanya di pisahkan dengan 6 mata. Perak, Telekom, NS, Pahang dan Perlis. Selangor agak tercicir di perosok bawah liga..

Minggu ini Top and Bottom of clash berlaku lagi apabila MPPJ bertemu dengan Selangor. Mampukah Selangor mengikut jejak langkah Pahang sebelum ini yang berjaya menundukkan peneraju liga itu? Sama-sama kita nantikan..

Pertemuan Telekom - Perak , Pahang - Perlis juga menarik apabila pasukan kelompok tengah ini bersaing sesama sendiri untuk menyaingi MPPJ di puncak. Manakala NS Naza pula akan bertandang ke Pulau Pinang.

Sekiranya Selangor dan Penang berjaya membuat kejutan minggu ini maka kedudukan semua pasukan Liga Super akan bertambah sengit. Setakat ini tiada pasukan yang konsisten dan boleh mendabik dada ataupun mempunyai bayangan untuk menjuarai Piala Super musim ini. Semua pasukan masih lagi berpeluang untuk muncul juara. Sama-sama kita nantikan sabtu ini...

Monday, January 23, 2006

Image hosted by Photobucket.com Komen : Liga Super

Liga musim ini sukar diramal. Siapakah juara? Mungkin kita tak boleh nak duga hingga perlawanan akhir nanti.

Kini giliran MPPJ mengambil alih tpt N9, setelah MPPJ menang 2-1 melawan Penang. N9 pula kalah kepada Pahang. Tapi respek kat N9. Pasukan underdog tapi menyerang tanpa putus. Pahang all-out-defend. Apapun Pahang kini dalam proses pemulihan.

Perak follow rapat MPPJ. Jika MPPJ leka. Perak akan amik alih. Itu janji mereka. Walau tanpa khidmat kapten mereka. Perak masih bernyawa.

Telekom, Perlis dan Pulau Pinang adalah pasukan pengacau. Mereka akan jadi penentu pasukan yg juara. Mereka sering menang dgn pasukan besar.

Pasukan paling best sekarang adalah Selangor. Mereka kini ditercorot. Mereka kalah, kalah dan kalah. Kesian Selangor. :)

Friday, January 13, 2006

Image hosted by Photobucket.com Negeri Sembilan : Mampukah?

Hanya bersendikan pemain veteran dan bekas pemain Malaysia, kini N9 di persada liga. Mampukah N9 mempertahankan tpt terbaik ini?

Pertemuan Perak di Ipoh bukan lah perkara mudah. Perak kini terluka. Pasti mengamuk. Perak ingin memberikan sesuatu yg terbaik di depan penyokong sendiri.

Jika N9 tidak mampu. MPPJ sedia mengambil alih. Itu pun jika MPPJ boleh menang perlawanan esok. Ikutkan reputasi, MPPJ mampu.

Apapun. Ini bolasepak. Bola itu bulat. Apapun leh berlaku.

Image hosted by Photobucket.com Pahang : Juzaili rehat 5 bulan, Aksi Camera malam esok

Pemain tengah pasukan pahang Juzaili Sameon terpaksa berehat 5 bulan kerana menjalani pembedahan lutut kiri. Dia akan menjalani pembedahan di sebuah hospital di Ampang dalam tempoh terdekat.

Sementara itu pemain import terbaru Pahang dari Guinea, Ouasame Camera dijangka dapat beraksi esok ketika menentang pasukan Pulau Pinang sekiranya Sijil Perpindahan Antarabanganya diperolehi.

Friday, January 06, 2006

Image hosted by Photobucket.com Perlawanan Menarik

Minggu ni ada satu perlawanan menarik di Stadium MPPJ...

Pasukan teratas liga bertemu pasukan tercorot liga Super... Pasukan yang tidak pernah kalah bertemu dengan pasukan yang tidak pernah menang... Kita nantikan rekod manakah yang akan pecah malam esok...

Selangor MPPJ dengan rentak konsistennya akan bertemu Pahang yang serba tidak menjadi musim ini. Mungkinkah sinar 2006 boleh memberi cahaya kepada skuad tok gajah ini.

MPPJ seperti biasa mempertaruhkan kemantapan Yusri dan Tg Hazman di tengah sambil Katanha di tagih mempamerkan ketajaman sentuhan penyudahnya sambil Kit Kong yang membantu serangan.

Pahang kali ini mendapat berita gembira setelah Josiah Seaton dan V Saravanan di katakan sudah pulih dari kecederaan. Ditambah pula dengan kehadiran pemain import terbaru mereka dari Republik Guinea iaitu Ouasame Camara. Beliau merupakan pemain midfield dan pemain kebangsaan Guinea bagi Piala Afrika dan Kelayakan Piala Dunia.

Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan ini.

Image hosted by Photobucket.com perlawanan sengit?

Mahukan perlawanan sengit? perlawanan kali nie pasti menarik. Pasukan tak pernah kalah (MPPJ) melawan pasukan tak pernah menang (Pahang). Laksana Helang menentang Pipit. Umpama Sang Arnab berlumba ngan Kura-Kura.

Jangan ingat pasukan hebat boleh menang mudah. Kerana liga tempatan adalah liga paling tak munasabah dalam dunia. :) Mungkin ada pergaduhan lagi. Atau mungkin pengadil buat keputusan yg boleh dipertikai. Kita tgk esok....

Tuesday, January 03, 2006

Image hosted by Photobucket.com Apa apa aje….

Seperti diduga. Siaran langsung adalah Perak vs MPPJ. Bagi aku corak permainan yg menarik. Kedua-dua saling serang menyerang. Senang cerita, game tak bosan.

Untuk memberikan impak yg menarik, pengadil memberi kad merah pada kapten Perak. Mendatangkan marah pada pemain dan pegawai Perak.

Niat Sharul kunun hendak mengeluarkan bola kerana kecederaan player import MPPJ. Tapi niat murni dibalas dgn kad merah. Salah faham agaknya. :)

__________________________________________________________________________

Lain pula halnya di Stadium Bukit Jalil. Kesilapan dan kelekaan Selangor mengundang padah. Mereka tewas lagi. Tewas dgn pasukan ‘Wigan Malaysia’. Mereka bolos dua gol dalam masa dua minit. Defend mereka leka. Midfielder plak tido.

Bila dicemuh dan dikutuk penonton sendiri. Mereka mengamuk. Samba membaling botol kearah penonton. Si Amri mahu ke tempat penonton mahu bertumbok. Ada seorang player lagi berlari ke tpt penonton. Kunun nak belasah penonton. Eleehh nak tunjuk hero lerr tu.

Kalau korang kuat sgt. Buat apa nak blasah penonton. Blasah laa N9. Ini tidak. Dah kena blasah 2-0. Kemudian nak blasah penonton plak.

__________________________________________________________________________

Drama Sabtu lepas membuktikan kehangatan Liga Super. Liga Malaysia tak mandom lagi. Perak memperlihatkan kesungguhan. Penyokong Selangor mahukan kemenangan. Kontroversi pula membuat liga Super semakin panas.

Cuma pemain dan pegawai jgn laa ikutkan sgt emosi tu. Be Professional. Ikut contoh coach Perak. Relaaxx n cool jer. Pahang tidak ada point pun cool gak. :)