Friday, December 30, 2005

Image hosted by Photobucket.com Pahang oh Pahang

Perlawanan hidup mati Pahang. Telekom Melaka menjadi ujian. Stadium DarulMakmur pentas ujian. Tiada sebarang mata setakat ini. Apa dah jadi.

Player semua ok. Mungkinkah ada masalah dalaman. Atau pemain tak dibayar gaji. Kita tunggu keputusan game malam esok. Jika kalah juga. Sesuatu harus dilakukan. Bukan pada pemain. Tapi pada pihak pengurusan.

Image hosted by Photobucket.com perak vs chelsea malaysia

Masing2 ada kekuatan. Kedua pasukan ini dlm reputasi terbaik. Team paling mantap ini akan berantap. kita tgk esok sapa yg lebih hebat.

Perak memiliki dua penyerang paling dahsyat setakat ini. Bagaimanapun mereka pasti disekat oleh dua org bekas pemain perak sendiri. K. Nanthakumar dan Chan Wing Hoong.

Sementara MPPJ pula sudahpun kehilangan dua penyerang importnya. Arestogui dan Ilham masing dibelengu kecederaan.

Apapun harap2 ada live kat tv game ini. :)

Friday, December 23, 2005

Image hosted by Photobucket.com no game

minggu ini tiada perlawanan. rest. ini peluang kesemua team untuk pergi services team masing2. pahang, selangor, perlis... u need to overhaul your team!!!

pahang tiada sebarang kemenangan. tiada sebarang mata. kalah kesemuanya. kenapa? apa punca?

selangor. masih mimpi agaknya. mimpi yg sempurna pada season lepas. come on laa selangor. kunun target nak gapai piala AFC. Cheh... liga super kasi lepas dulu laa.

perlis. kehilangan player season lepas masih tiada peganti. ditambah ngan kecederaan player import. ditambah plak banjir 30 tahun sekali. :) pemain import yg diharapkan, Jean Black. Tidak boleh harap. Terus kena fired. Pemain import pertama yg dibuang pada musim ini.

Wednesday, December 21, 2005

Image hosted by Photobucket.com Alahai Pahang...

Apa sudah jadi dengan Pahang. Sudah 3 kali kekalahan di lalui Pahang musim ini. Semalam Pahang tewas lagi. Kali ini di tempat sendiri. Kalah dengan pasukan Perak yang musim lepas di benam 4-1 di gelanggang yang sama.

Menurut rakan2 di Pahang, pasukan Perak memang berhak menang. Pahang bermain laksana anak hingusan. Sudah ramai pula desakan2 peminat supaya Zainal undur diri. Kata mereka strategi zainal masih seperti dahulu. Mengharapkan taktik ketika Pahang menjulang Liga Super dua musim lepas.

Entahlah apa hendak jadi. Kalau melihat senarai pemain, Pahang bukan pasukan hingusan. Rata-ratanya adalah pemain ternama. Di manakah silapnya. Adakah jurulatih atau pemain sendiri. Bukan hanya kemenangan yang peminat2 Pahang mahukan tetapi juga corak permainan dan kualiti permainan. Menurut mereka bahagian midfield Pahang hancur. Walaupun mempunyai barisan serangan di geruni tetapi tiada sumbangan dari midfield untuk menjana gol yang di idam-idamkan.

Bangkitlah Pahang, kelak kau akan beraksi di Liga Premier jika tiada jalan penyelesaian di ambil..

Tuesday, December 20, 2005

Image hosted by Photobucket.com Pahang vs Perak

Pertama kali Stadium Darul Makmur digunakan. Pasti Tok Gajah FC mahukan kemenangan. Tambahan pula menerima dua kekalahan awal. Apakah perancangan Zainal Abidin. Hairudin Omar, Rosdi Talib dan Saravanan, Insyallah boleh digunakan.

Perak sudah terluka. Terluka kekalahan pertama. Kekalahan yg tidak dijangka. Tak mengapa kata Derby. Player dah tunjuk kesungguhan. Mahukan kemenangan. Jadinya Pahang laah mangsa.

Kedua-dua ada kelebihan. Tapi aku nampak Perak mampu menang. Jika lihat pada performance team. Cuma perlu diingat. Pahang sudah lama berehat. Last weekend mereka tak bermain dek kerana hujan. Ini lah kelebihan Pahang. Tambahan main di Stadium Darul Makmur.

Apapun harap kedua pasukan dpt tunjuk permainan matang. Janganlaa ada mistake2 yg tak perlu. Ok good luck both team.

Monday, December 19, 2005

Image hosted by Photobucket.com MPPJ : Ohhh Arostegui

Satu2nya pasukan tak terkalah setakat ini. Mereka berjaya menjinakkan Selangor. Kepulangan penyerang berbisanya berbaloi. Menjaring kedua-dua gol untuk MPPJ. Yipeeee... go Chelsea Malaysia.

Malangnya, menurut sumber dipetik dari The Star Online, Arostegui mengalami kecederaan ketika berlatih. Kemungkinan direhat untuk 3 minggu. Tamparan hebat untuk MPPJ untuk mengekalkan kecemerlangan.

Walaubagaimanapun, peminat tempatan dan juga peminat dari seberang yg berada disini masih menunggu ketibaan Ilham Jaya yg dijangka akan bersama MPPJ tidak lama lagi.

MPPJ sudah pun mempunyai penyerang muda tempatan yg cukup rajin. Haris Safwan. Mungkin gandingan mantap penyerang2 ini menjadi faktor kehebatan MPPJ musim ini.

Image hosted by Photobucket.com Liga Super: Pasukan makin seimbang

Minggu lepas beberapa keputusan perlawanan menunjukkan bahawa setiap pasukan yang bertanding makin seimbang. Tiada lagi pasukan yang boleh mendabik dada dan memandang rendah keupayaan pasukan lawan.

Perak yg pada mulanya nampak gah dan kuat tersungkur di tangan pasukan baru liga super iaitu TM Melaka. Selangor yang nampak seperti telah mendapat sentuhan juaranya kembali setelah menewaskan Pahang tewas di tangan kelab senegeri MPPJ. Negeri Sembilan juga bangkit menewaskan Pulau Pinang.

Kini hanya Pahang dan Perlis yang perlawanan mereka di tunda, masih terumbang ambing di dasar liga. Harus di ingat Perlis dan Pahang pada musim lepas adalah juara dan naib juara liga super.

Namum masih terlalu awal bagi Liga Super yang baru masuk perlawanan yang ketiga. Semua pasukan masih mempunyai peluang yang seimbang untuk muncul juara.

p/s: Kuciwa live game minggu ni hanya tunjuk padang yang basah dan bertakung air..

Friday, December 16, 2005

Image hosted by Photobucket.com Mampukah Perak Mengganas lagi?

Esok Perak akan turun menentang Telekom Melaka di gelanggang keramatnya di Ipoh. Mampukah Perak meneruskan rentak cemerlangnya? Selangor dan Perlis sudahpun di tumbangkan. Sama-samalah kita melihat congakan strategi Steve Darby malam esok. Sekiranya berjaya Perak akan terus mengungguli takhta liga super lagi minggu ini.

Selamat berjuang Perak dan Telekom Melaka.

Image hosted by Photobucket.com Selangor vs MPPJ

Ini pertemuan menarik. Pertemuan dua pasukan lembah kelang. Ini kira derby football match ler. :)

MPPJ dan Selangor. Masing2 ada penyerang yg punya rekod menarik. Bambang dan Arestogui pernah melakukan hatrik pada final Piala Malaysia.

Ketajaman mereka didepan menjadi ujian pada bahagian pertahanan. Pertahanan Selangor sering leka. Itu yg perlu dijaga. Pertahanan MPPJ nampak mantap. Mungkin ini kelebihan MPPJ. Ada Khairunissam (Botak), inilah advantage MPPJ.

Bahagian tengah laksana buku bertemu ruas. Selangor ada Elie Aiboy, Samba, Shukor dan Fuentes. Kiri kanan yg laju dan bahagian tgh yg mantap. MPPJ pula ada T.Hazman, Yusri Chelah. Yusri ini merbahaya. Laju dan pandai cucuk bola ke bahagian serangan.

Jadinya kita tgk aksi malam esok. Siapakah juara lembah kelang.

Thursday, December 15, 2005

Image hosted by Photobucket.com Pahang: Seaton pula cedera

Menurut sumber dalaman TokGajah.com, penyerang import baru Pahang, Josiah Seaton di laporkan mengalami Collar bone (kecederaan bahu) ketika perlawanan persahabatan Pahang menentang Shahzan Muda di stadium darulmakmur.

Ini adalah tamparan buat pasukan Pahang yang mengalami dua kekalahan berturut sebelum ini. Perlawanan menentang Perlis sabtu ini merupakan misi hidup dan mati bagi pasukan Pahang bagi mengeluarkannya dari kelompok bawahan liga.

Perlis juga memulakan kempen Liga Super tahun ini dengan keputusan yang tidak memberangsangkan. Ayuh juara dan naib juara liga super musim lepas, bangkitlah..

Wednesday, December 14, 2005

Image hosted by Photobucket.com Negeri Sembilan : Kita perlu bangkit....

Kekalahan 3-0 kepada MPPJ bukan pematah semangat. Rata2 kita semua akui MPPJ lagi mantap. Tapi rasanya itu bukan alasan untuk Negeri Sembilan dibelasah.

Saingan sudah diberikan. Namun kelemahan dibenteng N.9 begitu terserlah. Mereka tidak dapat menutup ruang. Sementara serangan mereka perlu dipertajam.

Devan perlu suntik semangat berpasukan pada anak2 buahnya. Kerana semangat hanya 'teamgiest' sahaja yg boleh memusnahkan kemantapan pasukan lawan.

Go Negori Go. Ramai N9FC target N9 dpt top 3 dalam Super League.

Monday, December 12, 2005

Image hosted by Photobucket.com Pahang dan Perlis : Kenapa dan Mengapa?

Sesuatu harus dilakukan oleh kedua-dua pasukan ini. Dua perlawanan membayangkan kedua gergasi ini ampuh dan rapuh. Jika tidak diatasi maka 'selamat tinggal' liga Super.

Perlis selaku juara liga super musim lepas, kini mengalami awal musim yg membingungkan. Ketiadaan tonggak musim lepas. Khairunissam, Yusri, Zainuddin dan Khairi begitu terasa. Pahit mereka ditambah dgn kecederaan player import. Kita tgk mcm mana Cikgu Man mengatasi masalah ini pada game akan datang.

Pahang naib juara liga super musim lepas, kini serba tak kena. Pemain bintang mereka semakin malap. Zamani Misbah, Hairuddin, Indera Putera dan Fadli Saari makin kelam. Mungkin Zainal kena fikir taktik dan teknik yg terbaik. Atau mungkin teknik terbaik adalah tukar Zainal kepada jurulatih yg lebih baik n bijak perancanaannya.

Perlawanan Perlis vs Pahang ujung minggu ini akan menyaksikan peluang kedua-dua team ini. Mengembalikan kenyakinan. Team yg menang atas peroleh semangat bertahan dalam liga.

Image hosted by Photobucket.com Perak : Well Done Derby!!!

Perlis adalah mangsa selepas Selangor. Perak tgh on-form sekarang. System 3-5-2 nyer menjadi. Dua striker importnya dihadapan kian berbisa.

Sharul Azhar mengepalai bahagian tengah. Kiri kanan mid Perak perlu cergas untuk bertindak defender dan menjadi attacker.

Cuma adakala defend Perak sedikit leka. Itu mmg kebiasaan defend2 di Malaysia.

go perak go.

Friday, December 09, 2005

Image hosted by Photobucket.com Pahang: Masalah kecederaan melanda

Menjelang pertemuan dengan Selangor esok, Pahang masih di hantui masalah kecederaan. Kapten pasukannya, Rosdi Talib cedera dalam pertemuan dengan NS minggu lalu manakala Hairudin Omar dan Saravanan masih di ragui kecergasannya. Saravanan hampir pasti tidak dapat diturunkan manakala nasib Hairudin dan Rosdi pula bergantung kepada pemeriksaan pegawai fisioterapi hari ini.

Namun apa yang melegakan Zainal ialah berita kepulangan kapten skuad bawah 23 negara, Mohd Fadzli Shaari yang baru beraksi dalam Sukan Sea di Filipina. Beliau disahkan cergas dan akan bersama dalam pasukan menentang Selangor esok.

p/s: C'mon Pahang kasi menang sama itu Gergasi...

Thursday, December 08, 2005

Image hosted by Photobucket.com NS: Richard & Jason akan mula beraksi

Sabtu ini, dua lagi pemain import sang rusa akan diturunkan menentang MPPJ di Kelana Jaya.

Dua pemain itu ialah Bassey Richard dari Nigeria yang beraksi di bahagian tengah dan seorang lagi pemain pertahanan Australia yang dikenali sebagai Jason. Mereka dijangka dapat di turunkan setelah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) mereka diperolehi PBNS awal minggu ini.

Kemasukan Jason akan memperkukuhkan bahagian pertahanan kerana Bakhtiar Othman tidak boleh diturunkan selepas mengutip kad merah dalam perlawanan bertemu Pahang minggu lalu.

Manakala di barisan serangan, Negeri Sembilan masih menaruh harapan kepada sentuhan Christian Bekamenga Bekamengo, Mohd Nizaruddin Yusof dan Cik Hishamuddin Hassan.

p/s: Go NS go.. beri saingan kepada pasukan Chelsea Malaysia nie...

Image hosted by Photobucket.com Sarawak : Kurniawan Yulianto Milikku

Sang Bujang Senang berjaya mendapatkan khidmat Kurniawan Yulianto. Selain Kurniawan, Bujang Senang turut mengikat bekas pemain kebangsaan Afrika Selatan, Junaid Hartley dan pemain tengah yang pernah beraksi bersama kelab RC Lens di Perancis itu dijangka tiba ke Bumi Kenyalang sedikit hari lagi.

Ketiga-tiga mereka dijangka berjaya diturunkan menentang Johor 18 Disember nanti.

Hermm semakin meriah liga Malaysia. Persaingan makin hebat. Go Sarawak Go.

Wednesday, December 07, 2005

Image hosted by Photobucket.com alahaii awang import perlis...

Pengurusan Perlis tidak puashati dengan pemain import terbarunya, Ngody Jean Black. Menurut sumber, permainan Black tak membawa makna pada pasukan Perlis ketika menentang Telekom Melaka Sabtu lepas.

Pemain Cameroon itu dilihat gagal mengisi kekosong yg di tinggalkan oleh Mohd Lamin Al-Hidayah. Jesteru itu, pemain Zambia, Portugal dan Croatia sedang dinilai oleh jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.

Tambah derita buat Perlis, dua import mereka, Joao Bandoch (pertahanan) dan Zacharia Simukonda tidak dpt bermain buat masa nie.

Bandoch perlu pulang ke Brazil kerana masalah keluarga dan Pak Ya (Zacharia Simukonda) mengalami kecedaraan. Kedua mereka dijangka boleh bermain awal tahun depan.

p/s: kesian perlis... dah pun hilang Yusri Che Lah, Khairunisam (botak) dan Khairi.

Image hosted by Photobucket.com Liga Super: Barisan Impian Bukan Jaminan

Sabtu lalu perlawanan pertama Liga Super sudah bermula. Tiga pasukan yang rata-rata di barisi pemain bintang tidak menunjukkan persembahan yang memberansangkan.

Selangor tumpas di belasah di gelanggang sendiri. Barisan sang juara yang juga di katakan skuad impian tumpas di tangan pasukan Perak yang menghadapi masalah ketiadaan pemain-pemain utama. Cukup hanya dengan dua awang import di barisan hadapan, sang Gergasi mudah di jinakkan di gelanggang sendiri.

Pahang pula yang rata-ratanya di barisi oleh bekas pemain kebangsaan pula di aibkan Negeri Sembilan, pasukan yang baru menyertai liga super musim ini. Tambah memalukan pasukan Negeri Sembilan bermain dengan 10 orang dari separuh masa pertama lagi. Di manakah silapnya? Kenapakah awang import Pahang yang di barisi Tchoutang dan Seaton gagal merobek benteng pasukan Negeri Sembilan yang kelihatan tempang tanpa seorang pemain? Di tambah pula dengan kehadiran Indra Putra di bahagian midfield. Seharusnya barisan hadapan Pahang mudah merobek benteng pasukan lawan itu.

Sementara itu, Selangor MPPJ yang berbelanja besar musim ini juga sekadar mencatatkan keputusan seri dengan pasukan Pulau Pinang. Pasukan yang di beri jolokan Chelsea Malaysia itu gagal mengutip 3 mata penuh.

Jelas kini barisan impian dan bintang tidak menjanjikan apa-apa dalam kancah bolasepak negara. Semangat berpasukan dan komitmen pemain lebih banyak menjadi titik tolak dalam menentukan keputusan perlawanan.

Walau bagaimanapun masih awal untuk kita membuat kesimpulan berkenaan dengan pasukan-pasukan yang di barisi bintang ini. Liga Super baru sahaja bermula...

Ayuh semua pasukan, kita tunjukkan mutu permainan yang berkualiti.. Tingkatkan kualiti bolasepak negara.

Tuesday, December 06, 2005

Image hosted by Photobucket.com Perak : Masalah dah selesai....

Kalau ikutkan perlawanan Sabtu lepas, masalah ketiadaan penyerang sudah selesai. Memang itu lah punca merundum prestasi Perak selama dua musim ini.

Perak dilihat tempang ketika dahulu. Mereka kehilangan tiga tonggak depan. Indra Putra, Khalid Jamlus (tak de pun tak per) dan Saravanan. Namun kini kehadiran Keita Mandjou dan Abdoulaye Traore adalah penyelesaian segala masalah.

Di bantu oleh pemain midfield dan juga bekas kapten, Sharul Azhar, pasti Perak lebih cemerlang musim ini. Hermm masih awal membuat penilaian. Apapun kita tunggu perlawanan Perak selepas nie.

Kehadiran enam player u-23 Perak yg bermain untuk Sukan Sea pasti akan memperkuatkan lagi Perak musim ini. Tahniah Perak. Juga Steve Derby - coach baru Perak.

Image hosted by Photobucket.com Selangor : Di mana Silapnya?

Kita semua sedia maklum Selangor kena hentam 4 gol berdepan dengan Perak. Apa puncanya. Bukankah Selangor sugguh gah ketika season lepas. Hinggakan semua piala diaorg rampas.

Malam minggu membuktikan pertahanan Selangor begitu rapuh. Termasuk 'keeper' (wak jam). Cuma sebelum ini kelemahan mereka di selubungi oleh kehebatan awang import mereka.

Selangor kena cari centre defend yg punya larian pantas mencantas through pass pihak lawan. Kalau boleh cari centre defend yg boleh baca taktik serangan pihak lawan.

Apapun masih awal buat Dollah n team. Jangan putus asa. Liga baru bermula. Masih sempat untuk diperbaiki.

Image hosted by Photobucket.com Pulau Pinang : Chee Wan Hoe cedera

Tiada apa yang menggusarkan jurulatih skuad harimau kumbang Josef Harel kecuali nasib perancang tengahnya Chee Wang Hoe yang cedera di buku lali ketika menentang MMPJ sabtu lalu.

Masalah Wan Hoe boleh mengganggu persiapan Pulau Pinang untuk berdepan Telekom Melaka di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Tambah merungsingkan, skuad harimau kumbang turut kehilangan ayam tambatannya, Rosli Azizan yang digantung satu perlawanan akibat menerima kad merah.

Harimau kumbang juga agar Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi pemain import dari Brazil, Rivaldo Costa Amaral Filho di terima secepat mungkin supaya dia dapat diturunkan menentang Telekom Melaka sabtu ini.

Image hosted by Photobucket.com Perlis tempang

Percaturan strategi skuad Perlis terganggu apabila tonggak importnya, Joao Bandoch dan Zacharia Simukonda terpaksa meninggalkan pasukan antara dua hingga tiga bulan, masing-masing kerana kecederaan dan masalah keluarga.

Simukonda mengalami kecederaan serius retak tulang tapak kaki kanan ketika beraksi pada Kejohanan Empat Penjuru Sarawak 2005 di Kuching, minggu lalu memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya.

Manakala, Joao Bandoch pula terpaksa bergegas pulang ke Brazil kerana masalah kesihatan anak yang kemungkinan memerlukan pembedahan. Pemain itu sudah memohon agar dia diberi cuti hingga hujung Februari ini.

Perlis juga tidak dapat menggunakan khidmat Mohd Ivan Yusoff yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Image hosted by Photobucket.com Perubahan venue pasukan Pahang & Shahzan Muda

Keadaan cuaca dan padang di Stadium Darul Makmur menyebabkan perlawanan Liga Super antara Pahang dan Selangor pada Sabtu ini dipindah ke Stadium Nasional di Bukit Jalil. Selain itu perlawanan Liga Perdana antara Shahzan Muda menentang Kuala Lumpur juga akan diadakan di stadium yang sama.

Stadium Darul Makmur akan ditutup sehingga 15 Dis ini untuk kerja baik pulih padang.

FAM telah memberi persetujuan kepada PBNP untuk menggunakan stadium berkenaan sehingga kerja membaik pulih padang itu siap dijalankan.

Bagaimanapun, perlawanan Liga Super antara Pahang dan Perak pada 21 Dis ini mungkin dapat diadakan di Stadium Darul Makmur.

Monday, December 05, 2005

Image hosted by Photobucket.com Keputusan Liga Super

Selangor 1 - Perak 4
Pulau Pinang 0 - Selangor MPPJ 0
NS 1 - Pahang 0
Perlis 1 - Melaka Telekom 1

Image hosted by Photobucket.com Bolasepak kita menang gangsa

Fadzli Shaari memastikan pingat gangsa bola sepak kekal bersama Malaysia menerusi jaringan tunggalnya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dengan menewaskan Indonesia 1-0 pada Sukan SEA ke-23 di Filipina, semalam.

Image hosted by Photobucket.com Keputusan Liga Premier

Kedah 2 - Sarawak 4
Kelantan 4 - NTFA 1
Shahzan Muda 2 - TNB 1
Brunei 1 - Terengganu 1

Johor 2 - Perak UPB 0
KL 0 - Sabah 0
PKNS 5 - PDRM 1
Johor FC 3 - Melaka 3

Friday, December 02, 2005

Image hosted by Photobucket.com Info Pasukan Pahang 2005/2006

Pemain baru:
Josiah Seton (Liberia, x-Sabah)
Azuan Othman (Penang, SKMK)
Mohd Soffian Samsubahri (Melaka)
Rashid Mahmud (Public Bank)

Pemain di kekalkan
Azizul Kamaluddin
Indra Putra
Ahmad Wahid
Irwan Fadzli
Zulkifli Yusof
Shahrul Nizam Sahat
Juzaili Sameon
Shahril Faizal
Norhafiz Zamani Misbah
Saravanan
Fadzli Shaari
Iqbal Suhaimi
Rosdi Talib
Hairudin Omar
Subri Sulong
Jalaluddin Jaafar

Pemain Import
Bernard Tchoutang
Iyowuna Edward

Pemain digugurkan
Tg Adam Tg Rosly (Shahzan Muda)

Perlawanan Persahabatan

KL vs Pahang - 14 Nov (Std Cheras)
result: KL 0 - Pahang 1 (Sara)

Polis vs Pahang 15 Nov (Std Selayang)
result: Polis 0 - Pahang 4 (Tchoutang, Indra(2), Shahril Faizal)

MPSJ vs Pahang - 16 Nov (Pdg MPSJ)
result: MPSJ 1 - Pahang 4 (Sara. Tchoutang, Hairudin, Shahrulnizam)

Pahang vs Melaka 24 Nov (Std Selayang)
result: Pahang 1 (Indra) - Melaka 1

Pahang vs Shahzan Muda (Std Bukit Jalil)
result: Pahang 1 (Sara) - Shahzan Muda 2

Image hosted by Photobucket.com Liga Malaysia bermula esok..

Sabtu ini tirai Liga Malaysia akan berlabuh dengan 4 perlawanan berlangsung bagi Liga Super termasuk perlawanan Selangor dan Perak yang juga bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah atau Sumbangsih di Stadium Bukit Jalil.

Tiga perlawanan lagi bagi Liga Super adalah:
Pulau Pinang vs Selangor MPPJ - Stadium Bandaraya
NS vs Pahang - Stadium Paroi
Perlis vs Melaka Telekom - Stadium Utama

Manakala bagi Liga Premier, perlawanan akan di ada kan pada hari ahad 4 Disember...

Perlawanan bagi Liga Premier pula adalah:

Group A
Kelantan vs Pulau Pinang NTFA - Stadium Sultan Mohd IV
Brunei vs Trengganu - Stadium Hassanah Bolkiah
Perak UPB vs Johor - Stadium TLDM Lumut
Sarawak vs Kedah - Stadium Sarawak Kuching

Group B
Kelantan TNB vs Pahang Shahzan Muda - Stadium LADA, Langkawi
Johor FC vs Melaka - Stadium JCorp
KL vs Sabah - Stadium Cheras
Selangor PKNS vs PDRM - Stadium MPPJ

Di harap mutu permainan bolasepak akan meningkat pada tahun ini. Mutu pengadilan dan sambutan penonton juga di tagih bagi merangsang perkembangan dan peningkatan permainan bolasepak di negara kita..

Ayuh Malaysia.. Kita buktikan...

Image hosted by Photobucket.com Perlis hilang tonggak

Musim ini Perlis kehilangan khidmat bekas kapten, Mohd Kaironnisam Shahabuddin Hussain, pemain tengah, Yusri Che Lah yang berhijrah ke MPPJ dan bek kanan, Khairi Zainuddin yg berhijrah ke Perak.

Selain itu, beberapa pemain yang membantu Perlis musim lalu turut berhijrah ke pasukan baru termasuk Ez Lizuan Zahid Amir yang menyertai pasukan Sabah.

Perlis musim ini mengekalkan barisan lalu dan masih berpaksi kepada tonggak import - Joao Bandoch, Phillemon Chipeta, Zacharia Simukonda dan Ngody Jean Black.

Perlis akan bertemu Telekom Melaka di Kangar esok.

Image hosted by Photobucket.com Update: Johor FC

Johor FC akan diperkukuhkan dengan bekas tonggak Public Bank, Mohd Aiman Wong Abdullah, A Ganeson (MK Land) dan Mohd Saiful Sabtu (Telekom Melaka). Perlawanan pertama mereka adalah menentang Melaka ahad ini di Pasir Gudang.

Jurulatih musim lalu Raul Carrizo digugurkan dan digantikan dengan Ramlan Sarman yang merupakan bekas pemain negeri Johor.Tiga pemain import Argentina – Juan Marcelo Cirelli, Victor Rafael Insaurralde dan Gaston Marcelo telah pun di ikat bagi memperkemaskan barisan Johor FC. Sementara itu Johor FC turut di anggotai oleh muka lama dan bekas pemain kebangsaan seperti Eddy Helmi dan Khairi Kiman,

Johor FC kini dalam proses mencari penyerang import untuk memenuhi kuota tetapi tidak akan terburu-buru menandatangani pemain berkenaan.

Thursday, December 01, 2005

Image hosted by Photobucket.com Wan Rohaimi kembali ke posisi asal?

Bekas pemain Public Bank yang kini menyarung jersi Selangor dirasakan akan kembali ke posisi penyerang.

Ini berdasarkan dua perlawanan persahabatan terakhir Selangor. Wan Rohaimi dilihat digandingkan dengan Amri Yahya selaku penyerang Selangor.

Walaubagaimanapun jika posisi penyerang yang diletakkan, Wan Rohaimi terpaksa bersaing bersama Amri Yahya, Khalid Jamlus dan hero hatrik Selangor, Bambang Pamungkas.

Wan Rohaimi adalah bekas penyerang berbisa Pahang sewaktu ketika dahulu. Kemudian diletakkan sebagai pemain bek kanan ketika mewakili Public Bank.

Musim kali nie Selangor hanya membeli 2 orang pemain sahaja. Wan Rohaimi dari Public Bank dan K.Rajan dari Negeri Sembilan.

Image hosted by Photobucket.com Ilham milik MPPJ?

Masih ingatkah dengan Ilham Jaya? Pemain dari Indonesia yang meranapkan impian negara untuk ke perlawanan akhir Piala Tiger 2004.

Pemain ini telah pun menyarung jersi MPPJ untuk perlawanan persahabatan menang skuad Sukan Sea negara. Keputusannya MPPJ 1 - Malaysia (U-23) - 0. Gol MPPJ dijaringkan oleh Ilham Jaya.

Ilham juga dikaitkan dengan pasukan Perak dilihat lebih berminat bermain untuk MPPJ. Mungkin mudahnya untuk Ilham bersama rakannya Bamabang dan Elie yang cemerlang bersama Selangor.

Apapun kontrak belum ditandatangani. Ilham masih belum milik sesiapa.