Wednesday, December 07, 2005

Image hosted by Photobucket.com Liga Super: Barisan Impian Bukan Jaminan

Sabtu lalu perlawanan pertama Liga Super sudah bermula. Tiga pasukan yang rata-rata di barisi pemain bintang tidak menunjukkan persembahan yang memberansangkan.

Selangor tumpas di belasah di gelanggang sendiri. Barisan sang juara yang juga di katakan skuad impian tumpas di tangan pasukan Perak yang menghadapi masalah ketiadaan pemain-pemain utama. Cukup hanya dengan dua awang import di barisan hadapan, sang Gergasi mudah di jinakkan di gelanggang sendiri.

Pahang pula yang rata-ratanya di barisi oleh bekas pemain kebangsaan pula di aibkan Negeri Sembilan, pasukan yang baru menyertai liga super musim ini. Tambah memalukan pasukan Negeri Sembilan bermain dengan 10 orang dari separuh masa pertama lagi. Di manakah silapnya? Kenapakah awang import Pahang yang di barisi Tchoutang dan Seaton gagal merobek benteng pasukan Negeri Sembilan yang kelihatan tempang tanpa seorang pemain? Di tambah pula dengan kehadiran Indra Putra di bahagian midfield. Seharusnya barisan hadapan Pahang mudah merobek benteng pasukan lawan itu.

Sementara itu, Selangor MPPJ yang berbelanja besar musim ini juga sekadar mencatatkan keputusan seri dengan pasukan Pulau Pinang. Pasukan yang di beri jolokan Chelsea Malaysia itu gagal mengutip 3 mata penuh.

Jelas kini barisan impian dan bintang tidak menjanjikan apa-apa dalam kancah bolasepak negara. Semangat berpasukan dan komitmen pemain lebih banyak menjadi titik tolak dalam menentukan keputusan perlawanan.

Walau bagaimanapun masih awal untuk kita membuat kesimpulan berkenaan dengan pasukan-pasukan yang di barisi bintang ini. Liga Super baru sahaja bermula...

Ayuh semua pasukan, kita tunjukkan mutu permainan yang berkualiti.. Tingkatkan kualiti bolasepak negara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home