Perlis tempang
Percaturan strategi skuad Perlis terganggu apabila tonggak importnya, Joao Bandoch dan Zacharia Simukonda terpaksa meninggalkan pasukan antara dua hingga tiga bulan, masing-masing kerana kecederaan dan masalah keluarga.
Simukonda mengalami kecederaan serius retak tulang tapak kaki kanan ketika beraksi pada Kejohanan Empat Penjuru Sarawak 2005 di Kuching, minggu lalu memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya.
Manakala, Joao Bandoch pula terpaksa bergegas pulang ke Brazil kerana masalah kesihatan anak yang kemungkinan memerlukan pembedahan. Pemain itu sudah memohon agar dia diberi cuti hingga hujung Februari ini.
Perlis juga tidak dapat menggunakan khidmat Mohd Ivan Yusoff yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home