Thursday, February 09, 2006

Image hosted by Photobucket.com Liga Super: Semakin sengit

Persaingan liga super makin sengit.. Kecuali MPPJ, 5 pasukan ditangga kedua hingga keenam hanya di pisahkan dengan 6 mata. Perak, Telekom, NS, Pahang dan Perlis. Selangor agak tercicir di perosok bawah liga..

Minggu ini Top and Bottom of clash berlaku lagi apabila MPPJ bertemu dengan Selangor. Mampukah Selangor mengikut jejak langkah Pahang sebelum ini yang berjaya menundukkan peneraju liga itu? Sama-sama kita nantikan..

Pertemuan Telekom - Perak , Pahang - Perlis juga menarik apabila pasukan kelompok tengah ini bersaing sesama sendiri untuk menyaingi MPPJ di puncak. Manakala NS Naza pula akan bertandang ke Pulau Pinang.

Sekiranya Selangor dan Penang berjaya membuat kejutan minggu ini maka kedudukan semua pasukan Liga Super akan bertambah sengit. Setakat ini tiada pasukan yang konsisten dan boleh mendabik dada ataupun mempunyai bayangan untuk menjuarai Piala Super musim ini. Semua pasukan masih lagi berpeluang untuk muncul juara. Sama-sama kita nantikan sabtu ini...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home