Friday, January 06, 2006

Image hosted by Photobucket.com Perlawanan Menarik

Minggu ni ada satu perlawanan menarik di Stadium MPPJ...

Pasukan teratas liga bertemu pasukan tercorot liga Super... Pasukan yang tidak pernah kalah bertemu dengan pasukan yang tidak pernah menang... Kita nantikan rekod manakah yang akan pecah malam esok...

Selangor MPPJ dengan rentak konsistennya akan bertemu Pahang yang serba tidak menjadi musim ini. Mungkinkah sinar 2006 boleh memberi cahaya kepada skuad tok gajah ini.

MPPJ seperti biasa mempertaruhkan kemantapan Yusri dan Tg Hazman di tengah sambil Katanha di tagih mempamerkan ketajaman sentuhan penyudahnya sambil Kit Kong yang membantu serangan.

Pahang kali ini mendapat berita gembira setelah Josiah Seaton dan V Saravanan di katakan sudah pulih dari kecederaan. Ditambah pula dengan kehadiran pemain import terbaru mereka dari Republik Guinea iaitu Ouasame Camara. Beliau merupakan pemain midfield dan pemain kebangsaan Guinea bagi Piala Afrika dan Kelayakan Piala Dunia.

Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home